Thursday, 8 April 2010

7 Bulan..

Delisha Afrina binti Ahmad Fairuz dah 7 bulan sekarang waktu 24 Mac lepas… Banyak peruhaban pada diri anak mama tu… Dari pandai menyiarap sendiri, sekarang Delisha dah pandai merangkak (menyeret badan) ke depan…. Semua nie berlaku pada hari Sabtu lepas (27hb Mac, 2010). Delisha dah pandai ke depan!!! Hahahahahaha…. Ni semua sebab papa yang ajar Delisha… mula-mula agak penat jugak anak mama ni… Bila ke depan sikit je mesti berehat kejap… bila maju ke depan, berehat kejap… oooo… COMEL anak mama nie… Tapi sekarang, Delisha dah LAJUUUUUU ke depan… Kalau nampak apa saja benda yang “menarik” kat depan mata dia, cepat-cepat dia MAJU ke depan…



Delisha juga dah pandai cakap sikit-sikit… Antara perkataan yang sememangnya jelas ialah “MAMAM”…. Kadang-kadang mama sendiri keliru, Delisha panggil mama ke, Delisha nak makan?? Hurmmmmm… Rupa-rupanya anak mama bila dah lapar dia nak MAMAM (makan).. Pandai dah mintak!! Semalam (1hb April) Delisha mintak tambah makanan dia… Tak cukup 3 sudu penuh Nestum mama bagi… Delisha mintak 4 sudu… Delisha merengek… “Mamam mamam hmmmmm…. Mamam mamam hmmmmm…” ooo… Geram mama tengok anak mama nie… Macam nak GIGIT je muncung Delisha bila mintak mamam….



Delisha juga dah pandai KISS mama & papa… Ha, tu yang pelik. Kalau orang lain mintak kiss, sure dia wat dunno… hahahahaha… Mama perasan semalam (1hb April) waktu mama balik lunch kat rumah… mama saja je cakap kat Delisha “Kiss mama”, terus Delisha kiss mama siap dengan bunyi lagi… Ooooo… mula-mula mama ingat Delisha “tak sengaja” kiss mama, mama try cakap lagi “Kiss mama” & Delisha terus kiss mama lagi macam tadi… Anak mama dah faham arahan mama… Mama tak sangka anak mama dah sampai ke tahap tu… mama cukup gembira dengan perkembangan Delisha. Sebenarnya Delisha demam pada Sabtu & Ahad lepas… Isnin petang Delisha kena selesema & batuk… Sekarang Delisha dah beransur sihat… Satu benda yang mama bangga kat anak mama, yang dia tak takut makan ubat!! Suka sangat-sangat bila mama bagi ubat… TAK SABAR!! Hahahahaha…. Dalam pada itu lah, Delisha pandai buat macam-macam… Mama & papa sayang Delisha yang semakan membesar dan tak lama lagi akan jadi Kakak Delisha…

No comments: