Macam biasa, mama & papa pergi Damansara Specilist untuk check kandungan mama. Due date 4 September nanti (tu yang Dr. Maziah bagitau)... So, masih jauh lagi hari untuk mama melahirkan Deisha. Tapi mama sangat-sangat tak berdaya dah untuk berjalan jauh. Kaki bengkak, pinggang sakit & nak tido pun tak lena. Baby mama suka kick-kick perut mama ni waktu malam. Tu yang mama susah nak tido tu. Ok.. kita cerita pasal check kandungan mama ni... Bila Dr. Maziah check, baby mama dah betul-betul ada kat bawah. Dr. juga cakap yang dinding dah buka 3cm!! Mak datok... mama terkejut betul... Tapi mama tak rasa pon apa-apa kontraksi. Rasa macam biasa je. Kaki ni je yang sakit melampau... Dr. Maziah suruh mama induce je. Baby lak macam tak nak keluar je. Dia dok diam je kat bawah tu... Hehehehehe... So, mama pilih la tarikhnya... Hari Isnin, 24 Ogos, 2009.
Ahad 23 Ogos..
Seriously mama tak tenteram satu hari tu. Asyik fikir kesakitan yang akan mama alami waktu nak melahirkan Delisha nanti. SCARYYY!!! Kawan-kawan mama cakap kalau induce tu SAKITTT!!Mama bertolak ke hospital (Damansara Specialist) pukul 10 malam dengan papa. Sampai sana mama terus daftar kat wad bersalin. Mama nak pilih Single Room, tapi yang ada Two Bedded.. Frust betul mama waktu tu. Tapi nasib baik nurse kat sana baik sangat. Diaorang cari juga untuk mama Single Room sebab ada orang booking bilik tu tapi tak bayar lagi. Alhamdulillah... Malam tu papa teman mama. Mama pulak tido tak lena... Asyik terjaga je. Maklum la, esok ada orang baru yang akan muncul di dalam hidup mama & papa..
Isnin 24 Ogos..
Mama bangun pagi-pagi dengan papa. Sebelum ke bilik bersalin mama & papa sempat sembahyang subuh sama-sama. Semalam pun mama sempat terawih dengan papa kat rumah. Pukul 8.30 pagi mama & papa pergi ke bilik bersalin. Mama tukar baju & sempat breakfast dulu. Diaorang sediakan mama 2 keping roti, madu & butter, serta secawan air milo. Hehehehe... mama tak puasa!! Papa tengok je... Lepas tu mama & papa tunggu Dr. Maziah untuk pecahkan ketuban mama. lama jugak mama & papa tunggu. Pukul 10.30 pagi baru Dr. datang. Sambil-sambil tu mama sempat bergambar....


Sebelum Dr. Maziah datang Dr. Wahida jumpa mama dulu untuk masukkan tiub untuk suntikan Epidural kat tulang belakang mama. Lepas tu baru Dr. Maziah datang. Dia pecahkan air ketuban mama. Mama tak rasa apa-apa pon... Cuma rasa macam ada air banyak keluar tak berhenti. Papa yang dapat tengok. Mama tak nampak!! Mama dah kena suntik Epidural, so mama dah kebas dari paras pinggang ke bawah. Tak lama juga nak tunggu 5 cm untuk buka. Pukul 12 tgh dah buka 5 cm. Waktu tu mama bosan sangat. Mama suruh papa ambik Laptop kat bilik.. mama nak main GAME!! Bila nak tunggu 8 cm tu la mama main game.. Nurse tergelak tengok mama macam main-main je nak beranak. Hehehehehe... Bila dah 8 cm, mama mula rasa sakitttttt sangat sebab mama suruh nurse lambatkan masuk epidural (Epidural ni diaorang masukkan tiap-tiap 1 jam). Waktu tu tuhan saja tau betapa sakitnya nak beranak. Nasib baik papa sentiasa ada di samping mama. Cuma waktu nak ambik laptop tu je papa tak de... heheheheh... Lepas 20 minit mama merasa sakit, nurse masuk balik epidural kat mama. Memang tak sakit la lepas tu. Pukul 3 Dr. Maziah datang & check mama. Dia cakap dah bukak 10 cm!!!! Maknanya baby mama dah nak keluar!! Mama tak rasa sakit apa-apa waktu tu. Kesan ubat Epidural tu memang kuat. Dr. suruh mama push, mama tak boleh. Bayangkan mama kena push sesuatu yang mama tak rasa apa-apa. Mama macam kena push benda kosong!! hahahaha... Banyak kali mama push.. SUSAH SANGATT!! Papa cakap kepala baby mama dah nampak dah. Tapi disebabkan mama tak cukup nafas baby mama masuk baik. Mama rasa macam nak pitam bila mama push. Susah sayang... mama susah sangat-sangat nak push baby mama keluar. Mama hampir patah semangat & macam nak nangis. Tapi disebabkan Dr. cakap dia nak "Forceps" baby mama. Mama cuba push sekuat hati tampa berhenti sampai terkeluar kepala baby mama. Papa siap bagi info kat mama cakap kepala baby dah keluar. Lepas tu mama terus push untuk keluarkan badan baby mama. Lepas tu Dr. terus letakkan baby mama kat dada mama & waktu tu la mama rasakan betapa bermakna dan bertuahnya menjadi seorang ibu. Mama selamat melahirkan Delisha Afrina pada pukul 3.36 ptg. Baby mama terus buka mata bila Dr. letak kat dada mama. Waktu tu juga la mama dengar suara baby mama ni. Alhamdulillah, baby mama sempurna. Mama happy sangat. Papa & mama tak sangka baby mama ada kat depan mata. Setelah 9 bulan mama mengandungkan Delisha, hari ni la mama betul-betul dapat peluk & cium baby mama nie. Mama & papa amat sayang kat Delisha sampai bila-bila...

Mama & Delisha Afrina
Aku dah jadi MAMA!!!