Monday, 14 December 2009

Happy Birthday Sayang...

13 Disember, 2009 adalah hari jadi suamiku yang tersayang... Ahmad Fairuz..
Seperti tahun-tahun yang lepas aku mesti nak belikan hadiah buat orang yang aku sayangi ni. Tahun ni aku ingatkan nak belikan sayangku "Wallet", tapi macam nak beli benda lain... Hahahahaha... pening jap!! Sebenarnya dari hari Jumaat (4 Disember) hari tu aku nak belikan dia hadiah. Tapi tak jadi sebab nak tunggu suami aku ni balik dari Johor. Jumaat hari tu tak kerja sebab cuti am (Birthday Sultan Selangor). So, ingat nak belikan pada hari Sabtu... Suami aku pulak demam malam dia balik dari Johor tu (Jumaat)... Kesian sayang... Ingatkan sayang boleh baik Sabtu tu, tapi bila malam je mesti badan sayang panas... Sayang terpaksa tido luar sebab takut Delisha berjangkit... Last sekali, hari ahad (hari birthday sayang) aku terpaksa tanya sendiri sayang nak hadiah apa!!!! Hehehehehehe... mulanya aku cakap "Papa nak wallet tak?" tapi sayang jawap "Amoh, wallet tu kan mama bagi waktu kita kawin"... alahai.. sayang masih sayangkan lagi wallet hantaran yang aku bagi tahun lepas... Cayang kat Papa!!!
So, aku teringatkan sesuatu yang dari dulu kalau sayang masuk kedai tu je mesti, mesti sayang pegang benda tu... Pastu letak balik... hehehehehehe... COMEL!!! Aku pon cadangkan kat sayang benda ni....
Kasut Crocs Ttide Line Leather yang dah lama sayang "Aim" hehehehehehe... Apa lagi, terus tersenyum sayang aku yang demam sipi ni... Jadi, waktu tu jugak dia mandi & ikut aku gi Subang Parade cari kasut nie...
Sampai je kat Subang Parade, kita berdua pon terus pergi ke kedai Crocs. Sayang terus cuba kasut tu... Macam-macam jenis dia cuba, tapi yang Leather ni gak la jadi pilihan dia. Aku pon tengok kat bahagian kasut perempuan... Aku terjatuh cintun lak dengan kasut nie


Aku pon "terbeli" la kasut Crocs Lily Winter nie... Hahahahahahaha... Lepas aku bayar, kitaorang terus gi Secret Recipe... Belanja kek untuk suami tersayang... Tapi sayang aku pulak yang sebok nak bayar... Hehehehehehehe... Lepas makan kek aku tiba-tiba RINDUKAN Delisha... Bila semua benda dah dibeli, aku & suami terus balik rumah... So, tu la sehari di Hari Jadi suamiku...
*** Sampai hari ni demam sayang tak lagi baik!!

Friday, 4 December 2009

Fly-Away Ladybug

Tiap-tiap malam anak mama ni suka baca buku... Kalau tak mama bacakan, papa akan bacakan untuk anak mama nie. Buku kegemaran dia "Fly-Away Ladybug"...
Delisha suka sangat bila kita bacakan untuk dia...






Syusyu..

Budak kecik nie kelaparan... Bila dia dah rakus, dia mesti pegang botol susu dia...

Geram betul mama tengok!! Budak kicik 3 bulan dah pandai pegang botol...






Tuesday, 1 December 2009

Picnic kat Kuantan

Lepas raya haji, esoknya Sabtu (28hb Nov) mama bawa anak mama gi Picnic!! Suka betul Delisha berpicnic. Dapat tengok laut, pastu ada meow meow mintak keropok... Hehehehehe...

Tapi mama tak dapat nak mandi laut sebab tak bawak baju!! Papa, pak cik Ammar & chuBi dapat mandi... GEJE k... mama dapat main air kat tepi-tepi je...

Nanti kalau datang Kuantan lagi mama nak mandi laut.. Baby mama nak?

Dalam kereta... tunjuk aksi-aksi chomel...


Kat tempat picnic...

meow-meow tu nak keropok!!

Tak moh kena letak... nak berdiri / dokong!!




Akhirnya budak kecik nie tidooo... zzzZZZzzZZ...



So, 29hb Nov (Ahad) kitaorang balik ke KL.... Bawah nie saat-saat Delisha bersama Tok Ki dia...




Dalam kereta baby mama ni tido... Lama betul dia tido sampai KL baru dia bangun...





Hari Raya Aldiladha... 2009

Hari raya haji yang pertama buat anak mama... Last year mama & papa je yang beraya kat Kuantan... Tapi raya kali ni anak mama ikut sekali!!!

Hari raya ni juga la anak dara mama ni pakai baju kurung... Comelnyaaaa!!! Macam budak BIG..








Wednesday, 25 November 2009

Aku dah jadi MAMA!!

Ha.. tetiba teringat saat-saat nak melahirkan Delisha… Nak cerita sikit pengalaman tu…

Sabtu 22 Ogos..
Macam biasa, mama & papa pergi Damansara Specilist untuk check kandungan mama. Due date 4 September nanti (tu yang Dr. Maziah bagitau)... So, masih jauh lagi hari untuk mama melahirkan Deisha. Tapi mama sangat-sangat tak berdaya dah untuk berjalan jauh. Kaki bengkak, pinggang sakit & nak tido pun tak lena. Baby mama suka kick-kick perut mama ni waktu malam. Tu yang mama susah nak tido tu. Ok.. kita cerita pasal check kandungan mama ni... Bila Dr. Maziah check, baby mama dah betul-betul ada kat bawah. Dr. juga cakap yang dinding dah buka 3cm!! Mak datok... mama terkejut betul... Tapi mama tak rasa pon apa-apa kontraksi. Rasa macam biasa je. Kaki ni je yang sakit melampau... Dr. Maziah suruh mama induce je. Baby lak macam tak nak keluar je. Dia dok diam je kat bawah tu... Hehehehehe... So, mama pilih la tarikhnya... Hari Isnin, 24 Ogos, 2009.

Ahad 23 Ogos..
Seriously mama tak tenteram satu hari tu. Asyik fikir kesakitan yang akan mama alami waktu nak melahirkan Delisha nanti. SCARYYY!!! Kawan-kawan mama cakap kalau induce tu SAKITTT!!Mama bertolak ke hospital (Damansara Specialist) pukul 10 malam dengan papa. Sampai sana mama terus daftar kat wad bersalin. Mama nak pilih Single Room, tapi yang ada Two Bedded.. Frust betul mama waktu tu. Tapi nasib baik nurse kat sana baik sangat. Diaorang cari juga untuk mama Single Room sebab ada orang booking bilik tu tapi tak bayar lagi. Alhamdulillah... Malam tu papa teman mama. Mama pulak tido tak lena... Asyik terjaga je. Maklum la, esok ada orang baru yang akan muncul di dalam hidup mama & papa..

Isnin 24 Ogos..
Mama bangun pagi-pagi dengan papa. Sebelum ke bilik bersalin mama & papa sempat sembahyang subuh sama-sama. Semalam pun mama sempat terawih dengan papa kat rumah. Pukul 8.30 pagi mama & papa pergi ke bilik bersalin. Mama tukar baju & sempat breakfast dulu. Diaorang sediakan mama 2 keping roti, madu & butter, serta secawan air milo. Hehehehe... mama tak puasa!! Papa tengok je... Lepas tu mama & papa tunggu Dr. Maziah untuk pecahkan ketuban mama. lama jugak mama & papa tunggu. Pukul 10.30 pagi baru Dr. datang. Sambil-sambil tu mama sempat bergambar....

Sebelum bergelar mama

Ni muka sebelum jadi mama

Sebelum Dr. Maziah datang Dr. Wahida jumpa mama dulu untuk masukkan tiub untuk suntikan Epidural kat tulang belakang mama. Lepas tu baru Dr. Maziah datang. Dia pecahkan air ketuban mama. Mama tak rasa apa-apa pon... Cuma rasa macam ada air banyak keluar tak berhenti. Papa yang dapat tengok. Mama tak nampak!! Mama dah kena suntik Epidural, so mama dah kebas dari paras pinggang ke bawah. Tak lama juga nak tunggu 5 cm untuk buka. Pukul 12 tgh dah buka 5 cm. Waktu tu mama bosan sangat. Mama suruh papa ambik Laptop kat bilik.. mama nak main GAME!! Bila nak tunggu 8 cm tu la mama main game.. Nurse tergelak tengok mama macam main-main je nak beranak. Hehehehehe... Bila dah 8 cm, mama mula rasa sakitttttt sangat sebab mama suruh nurse lambatkan masuk epidural (Epidural ni diaorang masukkan tiap-tiap 1 jam). Waktu tu tuhan saja tau betapa sakitnya nak beranak. Nasib baik papa sentiasa ada di samping mama. Cuma waktu nak ambik laptop tu je papa tak de... heheheheh... Lepas 20 minit mama merasa sakit, nurse masuk balik epidural kat mama. Memang tak sakit la lepas tu. Pukul 3 Dr. Maziah datang & check mama. Dia cakap dah bukak 10 cm!!!! Maknanya baby mama dah nak keluar!! Mama tak rasa sakit apa-apa waktu tu. Kesan ubat Epidural tu memang kuat. Dr. suruh mama push, mama tak boleh. Bayangkan mama kena push sesuatu yang mama tak rasa apa-apa. Mama macam kena push benda kosong!! hahahaha... Banyak kali mama push.. SUSAH SANGATT!! Papa cakap kepala baby mama dah nampak dah. Tapi disebabkan mama tak cukup nafas baby mama masuk baik. Mama rasa macam nak pitam bila mama push. Susah sayang... mama susah sangat-sangat nak push baby mama keluar. Mama hampir patah semangat & macam nak nangis. Tapi disebabkan Dr. cakap dia nak "Forceps" baby mama. Mama cuba push sekuat hati tampa berhenti sampai terkeluar kepala baby mama. Papa siap bagi info kat mama cakap kepala baby dah keluar. Lepas tu mama terus push untuk keluarkan badan baby mama. Lepas tu Dr. terus letakkan baby mama kat dada mama & waktu tu la mama rasakan betapa bermakna dan bertuahnya menjadi seorang ibu. Mama selamat melahirkan Delisha Afrina pada pukul 3.36 ptg. Baby mama terus buka mata bila Dr. letak kat dada mama. Waktu tu juga la mama dengar suara baby mama ni. Alhamdulillah, baby mama sempurna. Mama happy sangat. Papa & mama tak sangka baby mama ada kat depan mata. Setelah 9 bulan mama mengandungkan Delisha, hari ni la mama betul-betul dapat peluk & cium baby mama nie. Mama & papa amat sayang kat Delisha sampai bila-bila...

Mama & Delisha Afrina

Aku dah jadi MAMA!!!

Pagi-pagi..

Anak mama pagi nie susah betul nak bangun... Macam-macam mama buat. Nyanyi kuat, gomol-gomol dia, dokong dia... dia buat tak tau je... MATA GAM!!

Tapi bila mama letak je susu kat mulut dia yang kecik comel tu terus dia bangun!! Hahahaha... budak kichik yang kuat makan.. Muka tu dah bulat dah..

Lepas minum macam biasa mama tukar pesh (diaper) dia.. Tapi kali ni dia kencingkan mama!! Sambil buat muka comel, tersengeh-sengeh dia pandang mama. Nasib baik tak kena baju kerja mama.. Kalau tak dah satu kerja lagi nak salin baju pulak...

Lepas mama salinkan pesh dia, mama lak nak make-up... Cam biasa, baby mama ni mesti nak tengok apa mama dia buat. Sambil tengok mama make-up, dia senyum-senyim sambil cakap-cakap bahasa dia tu. Kadang-kadang baby mama terdiam sambil tergamam tengok mama dia... Hahahahaha...

Lepas mama habis make-up, mama akan dokong baby mama nie. Dia memang cukup suka bila orang dokong dia. Sambil lentokkan kepala dia kat bahu mama, mama bawak dia tengok cermin. Cam biasa, dia mesti tersengeh-sengeh tengok muka sendiri sambil malu-malu kucing. Hehehehe.. macam-macam perangai baby comel mama nie. Lepas tu baru mama bawa dia ke depan. Cik Ummi, Pak Cik Aje, nenek & abg Iqbal dah tunggu baby mama kat depan. Mama letak dia kat depan. Tapi mata dia still tengok mama. Cam tak nak mama tinggalkan dia. Ala cayang... cian dia... mama kena work!! Tapi lama-lama nanti baby mama akan biasa dengan situasi macam nie. Mama dah rindu kat Delisha sekarang nie....!!!!

Tuesday, 24 November 2009

Delisha Afrina dah 3 bulan...

Anak mama hari ni dah genab 3 bulan. Mama rasa macam baru je melahirkan baby mama nie. Makin lama, makin membesar sayang mama nie. Kalau dulu mama tengok anak mama kecikkk sangat...


sekarang dia dah besarrr..!!!

Sepanjang mama membesarkan Delisha, mama tak pernah jemu melayan kerenah anak mama nie. Dia paling suka kalau ramai orang disekeliling dia... Kalau dulu waktu umur 1-2bulan, bila ramai orang, Delisha mama nie sukaaaaa sangat tidoooo. Sampai orang yang datang jauh-jauh nak tengok Delisha mesti frust sebab tak dapat tengok mata anak mama nie terbuka. But now anak mama nie bila semakin membesar, bila ada ramai orang, waktu nie la dia akan ajak orang berborak. Mulalah dia keluarkan bahasa-bahasa waaa.. haaa.. kenggg... woooo... dia tu. Sampai orang tak terlayan. Baby mama nie sebenarnya suka sangat orang dokong dia lama-lama. Kadang-kadang sampai tertido. Macam nie...
Pegang la dia sampai 2-3 jam pon.. Sure dia akan terus terlena di dalam dakapan orang tu. Anak mama ni pon sekarang nie suka tengok cermin. Pantang tengok diri sendiri, mesti senyum lebar & cakap-cakap bahasa dia tu. Gerammmm mama tengok!!

Mama & papa betul-betul berharap agar Delisha menjadi anak yang soleh, pandai, baik budi pekerti dan menghormati orang.. Love you so much!! Cayang busyuk mama nie...